"Hari ini
alhamdulillah aku bersyukur diberi
kebahagiaan kerana mempunyai kebebasan masa yang dapat aku gunakan untuk
mencorak gaya hidup impian aku sendiri. Beberapa hari lepas aku seorang pekerja
di bank sebagai 'telesales cum admin assistant' dua tanggungjawab dalam satu
bayaran gaji.. Di mana aku rasa 'suka sangat'. Setiap pagi terpaksa bangun
pagi,tercari-cari barang,terkejar-kejar kejutkan anak dan siapkan anak ke pusat
jagaan,merentasi gangster-gengster jalan raya dan melalui jalan yang sama setiap
hari ke tempat yang sama dengan perasaan yang penuh terpaksa. Bekerja sebab nak
tolong kurangkan beban suami 'kononnya' tapi dalam masa yang sama tambahkan
tekanan perasaan aku.Aku minat business. Dirrect sales ni kira kepakaran aku
lah. Dulu sebelum aku kerja bank aku buat door to door sales. Dekat 3 tahun
juga. Aku tinggalkan dunia tu sebab aku langsung tak ada masa untuk keluarga.
Outstation sana sini.Tapi aku enjoy buat kerja tu. Kira satu Semenanjung Aku
dah pusing bagi salam rumah orang nak jual produk rawatan air. Bila aku dah
tinggalkan dunia door to door tu, aku cuba bidang perbankan. Ingatkan ok. Tapi
aku still tak da masa plus terpaksa buat keja yang aku tak minat. Terpaksa buat
kerja admin tak berbayar. Ya, aku second month buat sales jual credit card
melalui telephone ja, aku top sales bulan tu. Walaupun aku terpaksa buat keja
tak berbayar ,aku masih mampu jadi top sales. Hebat kan.. Cuma kesan nak dapat
top sales aku terpaksa stay back yang juga tak dibayar kerja lebih masa semata
mata untuk siapkan keja admin. Ok aku masih boleh positif, sehingga semakin
hari hubungan aku dan suami semakin renggang,tak da masa melayan suami sebab
dah terlampau penat sangat dengan kerja di pejabat. Sehingga berlakunya konflik
di dalam rumah tangga yang hampir memusnahkan mahligai aku. Anak terpaksa ku
hantar ke kampung. Sejak itu aku mula hilang fokus,aku tak mampu ulang kejayaan
best seller bulan lalu,sales makin drop.Penurunan yang sangat drastik. Baru aku
sedar Muhammad Khairol Hazniq merupakan kekuatan dan inspirasi terbesar aku
selama ni dah berjauhan dengan aku.Dan sebagai mama,aku ini,di ketika dia sudah
pandai menonjolkan kasih sayangnya padaku, dia terpaksa ku pisahkan dariku.
Saat itu aku menangis semahu mahunya. Manakan anak yang ku susukan selama 2
tahun 6 bulan tiada depan mata,bos pula dah buat muka tak puas hati, ye la
sales menurun,target dia menurun. So hari-hari aku terpaksa berperang dengan
perasaan sambil mengadap muka basi bos aku. Kerana terasa diri terlalu
diperbodohkan,dan terlalu membodohkan aku nekad untuk keluar dari semua ni.
Kebetulan ada Intensif Jutawan Industri oleh seorang insan yang dah lama
sebenarnya aku ingin berguru,sejak 2010 tapi sehingga 2013 aku masih belum mamu
menjadi anak didiknya. Tapi Alhamdulillah, aku nekad kuatkan hati dan
bertawakal Allah S.W.T aku berhenti kerja kerana aku akan balik ke negeri yang
aku mula-mula cipta pengalaman sales,Pulau Pinang. Aku berazam nak mulakan
sesuatu di mana anak ku,cinta hatiku Muhammad Khairol Hazniq membesar menjadi
anak cemerlang dunia akhirat di tanganku. Sekarang aku sedang menyertai
Intensif Jutawan Industri, aku bersyukur setelah 3tahun aku meminta pada Nya,Alhamdulillah
kali ini aku Berjaya menyertainya dengan mengorbankan separuh daripada wang
gajiku yang aku dapat pada 22hb hari tu. Dan aku tahu ilmu yang akan aku terima
tidak setimbal dengan nilai yang aku korbankan. Inshaa Allah esok aku akan
kongsikan pengalamanku di hari pertama di Intensif Jutawan Industri..
Salam sayang buat
semua
“ KEBEBASAN MASA SATU
KEBAHAGIAN”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan